anganmatjenin
Kapal di laut , gudang di darat
Sunday, January 30, 2011
Hujan
Wednesday, March 4, 2009
Kerajaan Pasir Dua Butir di Perak
Rasanya bertepatan sekali lebih lebih lagi , senario politik di Perak seakan dalam cerita Laksamana DO RE MI yang akhirnya ada jalan penyelesaian yang muktamad.
Dalam cerita tersebut, Kerajaan Pasir Dua Butir telah dirampas oleh bekas menterinya , Jason King ,watak yang dipegang oleh Allahyarham Hussein Abu Hassan. "Jason is King". Satu butir pasir dirampas oleh Jason dan satu lagi butir dipegang oleh kerajaan yang sah.
Kerajaan yang sah hanya dapat "bersidang" bersama beberapa orang kanan di bawah sepohon pokok ;manakala pegawainya terpakasa memakai pakaian seragam ala bomba.
Di akhir cerita kelemahan Jason hanya alah kepada buluh runcung yang ditusuk ke tapak kakinya oleh Do Ianya adalah hasil pakatan Re yang dapat "meneropong" kelemahan yang ada pada Jason ; RE pula dengan muslihatnya masuk ke tempat persembuyian Jason.
Friday, February 27, 2009
Pemuda UMNO Celaka
KJ menggesa agar beliau memohon maaf tetapi ditempelak oleh Karpal Singh:-
- Beliau tiada masa untuk perkara perkara spt itu
- Siapakah KJ yang berani mencabar beliau
Jika perkataan "Kurang Ajar" yang dilontarkan kpd individu maka ibubapa juga mendapat tempias .Ini kerana kebiadapan ibubapa individu tersebutlah yang menyebabkan anaknya "kurang ajar".
KL menuntut sedemikian kerana semua pemuda UMNO yang berdaftar secara sah telah di"celakai" oleh Karpal.